Counter Strike di SESTER

Friday, May 8, 2009

Dalam kebosanan aku duk habiskan masa kt rumah ni, aku pun belek tengok gambar lama-lama masa kat Sains Kuala Terenganu (SESTER). Aku terjumpa gambar kitorang yang sedang bersiap sedia untuk berperang...haha. Kitorang panggil 'Counter Strike', real counter strike..haha...tergelak aku sorang-sorang kat depan komputer bile ingat balik waktu tu.


Idea Asal
Ni semua idea dari Ketua pelajar (yang berdiri kanan sekali tu) kitorang la ney..tibe-tibe je die rancang nak wat counter strike kat sekitar sekolah masa kitorang duduk bersembang lepas jawab 1st paper SPM, Matematik Tambahan.huhu..pastu ramai pulak yang sokong cadangan die tu.maklum la tengah tension exam kan...haha..so, kitorang pun setuju wat CS ni lepas habis final paper SPM, Biologi.

Penyeludupan bermula
Bermula dari hari tu, banyak la kegiatan 'penyeludupan masuk' senjata bermacam-macam jenis untuk persiapan sebelum ke medan pertempuran..haha.Walaupun dalam minggu SPM berlangsung, kitorang sempat lagi keluar petang-petang untuk beli barang baik ney..haha. Rancangan ney berjalan secara rahsia sebab kalau cikgu-cikgu tau,habis la kitorang kena marah..
Lepas paper Biologi dah habis, semua yang belum beli pergi keluar cari stok..huhu..yang skema-skema beli pistol kecik je..haha.yang geng gile-gile, shotgun, pumpgun, rifle gun skali dengan laser pun ada...huhu,memang dahsyat.
Malam tu,kitorang wat bbq dulu sebelum berperang. Then, tiba-tiba je ada 2 orang cikgu yang namanya dirahsiakan datang. Rupe-rupenya diorang dah tau plan kitorang. So, dengan 'kecilikan' kitorang, kami pun terus masuk bilik masing after bbq. ada beberapa orang yang akan pastikan line clear.
Lebih kurang pukul 1.30 pagi, kitorang pun berkumpul kat bilik rehat. Semua bawa senjata masing-masing. Lepas dengar sikit taklimat, hati aku da mula rasa cuak. mana taknye, kalau la tiba-tiba peluru manik tu kena kat mata.aduihh...huhu..tapi rugi kalau aku takde pengalaman macam ni. Kitorang dibahagi kepada dua kumpulan, polis dengan penjahat. ( macam p'mainan budak2...haha). yang kat gambar tu semua polis la 2. dalam sibuk wat preparation terakhir, boleh pulak aku terfikir nak bawa kamera sekali..haha.kenangan tu beb..walaupun kena kutuk dengan budak-budak len.akhirnya ada jugak yang nak gambar ney lepas da habis sekolah..

Peperangan bermula
Lepas dah siapkan preparation, kitorang pun bergerak ke lokasi yang di tetapkan. masa sampai kat situ, tibe-tibe budak-budak ni cuak semacam. so, kitorang pun minta la Presiden Badan Dakwah & Tarbiyah kitorang untuk baca doa yang patut untuk pejuang-pejuang ney..huhu. Lepas tu, kitorang wat plan untuk serang penjahat. Kitorang plan wat dua kumpulan, serang dari arah berlainan..(perghh..macam perang betul-betul..haha). Dengan keadaan sekolah yang gelap, kitorang jalan celah longkang menuju ke sasaran. penjahat untung coz duduk kat dalam kelas.tingkat 2 pulak tu. bila dah nak sampai kat kelas tu, kitorang kena merangkak coz tak nak bagi penjahat nampak. meniarap la kitorang macam askar..haha..budak-budak pompuan dapat tau yang kitorang ada projek khas malam tu..so, diorang tunggu kat luar bilik nak tengok sendiri peperangan pertama kat sekolah 2..haha.bile kitorang start attack je..aku baru perasan, ramai jugak budak pompuan yang tengok..huhu.kelakar la pulak.tapi takpe,perjuangan harus ditamatkan. after berperang lebih kurang suku jam,akhirnya kitorang berjaya conquer 1st checkpoint. rahsianya,kitorang acah tembak kat muka diorang bile peluru dah habis..haha.so, diorang pun lari.

KP Amer = Askar..haha
KP kitorang pulak, punyelah berjiwa askar die. Boleh pulak die meniarap kat tingkat 2 bangunan depan dari kelas tu. langsung takde penghalang apa-apa.die ingat geng penjahat tak nampak..haha.lepas tu, geng-geng try la tembak, setiap tembakan disusuli dengan perkataan, aduh2!!!..haha..akhirnya terpaksa retreat balik..haha

AJK Lampu
Kitorang pun cari kelas kosong untuk baiki pistol yang rosak & reload peluru. On da way ke kelas, kitorang kena ambush kat laluan susur gajah. rupe-rupenye diorang wat perangkap, matikan lampu kawasan tu sebelum ambush. so kitorang pun lantik la ajk buka lampu untuk mudahkan kitorang untuk tembak-menembak...haha

Adegan Laser-melaser
Lepas kitorang baiki balik pistol-pistol yang rosak,kitorang serang dari tempat len pulak,laluan ada 2 orang yang jaga dan diorang perasan kitorang datang.diorang pun sembunyikan diri bawah pokok.sorang lagi minta backup dari kengkawan. dengan menggunakan idea bernas, kitorang just minta dua orang halakan laser kat diorang. diorang mesti ingat ramai orang padahal laser tu dah dicabut dari pistol..haha.so, bermula la babak laser-melaser..haha..yang lain, try attack dari belakang diorang..
Lepas dah dapat attack diorang, tibe-tibe je dengar announcement suruh berkumpul balik ke bilik rehat coz permainan dah tamat..game kena habis awal coz ada 'pertelingkahan' kat group kedua kitorang dengan geng penjahat..huhu
Sampai je kat bilik tu, semua duk periksa badan masing..tengok kesan kena tembak.aku ada sikit je kesan coz pakai sweater..selamat.haha...subuh tu PK Hem datang rampas senjata yang die nampak je termasuk la shotgun aku..
Besoknye, bile kitorang nak ambik balik senjata, banyak gile peluru berterabur kat kawasan sekolah sampai kat dalam kelas pun ada..haha.kesian mak cik cleaner..
Sampai sekarang aku boleh ingat lagi pengalaman ni..Best gile..neway, pada budak-budak SESTER, pesanan aku sebagai alumni SESTER, plz dun try diz at school...AGAIN....kalau penakut...haha
Chow!!!




Penjenamaan semula

Tuesday, September 2, 2008

Selamat datang



Blog ini telah diberi penjenamaan semula.

Sila layari http://inkuiri.blogspot.com/

Terima Kasih
Teruskan kunjungan anda.